Meniti Jalan Kebenaran

Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.", Riwayat Al-Bukhari | Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku." (Hadis Riwayat Abu Dawud) | Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, "Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam." (Hadis Riwayat Baihaqi) | Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah SAW menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat Bukhori dan Muslim)."Tiada suatu haripun melainkan di dalamnya malaikat berseru. 'Hai anak Adam, yang sedikit tetapi cukup bagimu, lebih baik daripada yang banyak, tetapi menganiaya kamu." (Ibnu Mas'ud r.a) | "Orang yang mengharap pamrih dari pengabdiannya bukanlah tergolong hamba yang baik." (Imam Ahmad Rifa'i) | "Orang Islami itu adalah orang yang muslim lainnya selamat dari lidah dan tangannya; dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah." (HR. Muslim) | "Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu," (Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a)

Betapa hinanya nilai seorang hamba....

Oleh: Aisyah Humaira

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk
bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah,
taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan
syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu
nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah,
betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah
yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu
menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar.
Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq!
Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon
berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Apakah itu amal yang sia-sia? Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan
takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik
dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada
Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian
ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula
mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia
ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu
pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir
sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah
pengawalan Tuhan
Yang Satu.


Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan;
Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah
kepadaku?
- Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. "
Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat
bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak
sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad.


Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah
asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama
yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba
itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah
sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita.
Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan
mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam
menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah?
Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun
rasa untuk
berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga
ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk.


Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat,
ampunkanlah dosa
kami dan terimalah taubat kami..Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh
kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat
bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan
betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah
itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan,
mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya,
memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang
menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan
hanya satu
cara.


Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa
jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan
kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda
Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat
sebagaimana
berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah,
bagaimana
cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati
dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)

Pertolongan yang tidak disangka-sangkaTanpa kita ketahui, sebenarnya
pertolongan
Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak
disangka-sangka. Bagi
yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat
pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa
keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air
matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih
mendapat pandangan kasih Ar-Rahman.


Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan.

Related : Betapa hinanya nilai seorang hamba....